Senario Kesuburan di Malaysia

Professor Madya Tey Nai Peng dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya berkata Kajian Penduduk dan Keluarga Kebangsaan 2004 (MPFS 2004) menunjukkan fenomena kahwin lewat di kalangan wanita berpendidikan tinggi menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan di Malaysia.
Hampir 13% wanita dalam lingkungan umur 30-an dan berpendidikan tinggi masih belum mengakhiri zaman bujang. lebih 44% daripada wanita yang memiiki ijazah mendirikan rumah tangga selepas berumur 26 tahun.
Sementara itu, peratusan wanita bujang di kalangan kaum Cina ialah 29% disusuli kaum India 26% dan kaum Melayu sebanyak 16% yang masih membujang dalam lingkungan umur 30-an. Lebih daripada 30% wanita bujang memilih untuk berdikari manakala 22% wanita lagi sukar untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai teman hidup.
Dengan tahap pendidikan yang tinggi, fenomena kahwin lewat menyumbang kepada kelewatan jangka masa mendapat anak sekaligus menyebabkan penurunan kadar kesuburan di negara ini. Tahap kesuburan di negara ini telah jatuh bagi semua kumpulan umur. Ini menjukkan bahawa wanita lewat memasuki dunia melahirkan zuriat dan mengelakkannya pada usia muda.