Ibu dan anak dalam kandungan



Malaysia telah mengalami kemajuan yang besar dalam kesihatan secara umum, dan kesihatan ibu dan kanak-kanak khususnya, di sepanjang era selepas merdeka. Nisbah kematian ibu (maternal mortality ratio - MMR) berkurangan separuh di antara tahun 1957 dan tahun 1970 dan menurun daripada kira-kira 280 kepada 141 setiap 100,000 kelahiran hidup. Menjelang tahun 1990, ia berada di 33 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup - aras yang hampir dengan kebanyakan negara maju. MMR telah kekal pada aras yang rendah, dan dengan demikian, kematian ibu telah menurun : kurang daripada dua bagi setiap 10,000 kelahiran.
Pengalaman Malaysia yang luar biasa dalam menurunkan kadar kematian ibu merupakan hasil sinergi campur tangan dalam menangani usaha untuk memperoleh perkhidmatan melalui dimensi sosioekonomi, kebudayaan, pendidikan, jantina, dan kemiskinan.
Pengalaman Malaysia yang luar biasa dalam menurunkan kadar kematian ibu merupakan hasil sinergi pelbagai dasar, strategi, dan program untuk membolehkan perkhidmatan diperoleh melalui dimensi sosioekonomi, kebudayaan, pendidikan, jantina, dan kemiskinan. Kejayaan negara dalam mengurangkan kematian ibu mencerminkan peningkatan dalam capaian kepada perkhidmatan kesihatan ibu yang berkualiti, termasuk perancangan keluarga; kemahiran profesional yang meningkat bagi atendan bersalin yang terlatih untuk mengurus kehamilan dan kerumitan bersalin; pelaburan untuk meningkatkan kualiti rawatan perbidanan penting dalam hospital daerah; menambah baik keberkesanan sistem rujukan dan maklum balas untuk mencegah kelewatan; penglibatan yang rapat dengan masyarakat untuk menghapuskan kekangan sosial dan budaya dan menambah baik kesanggupan menerima perkhidmatan kesihatan moden bagi kesihatan ibu; serta menambah baik sistem pemantauan.
Mengekalkan kadar kematian ibu pada aras rendah semasa di Malaysia, dan untuk menurunkannya lagi akan memerlukan iltizam yang berterusan, sumber manusia dan kewangan, dan strategi program yang inovatif. Keupayaan untuk mengekalkan sokongan berbilang agensi dan meletakkan kesihatan ibu di tempat yang tinggi dalam agenda dasar akan memerlukan sokongan yang berterusan.

Penurunan Kadar kematian kanak-kanak di Malaysia

Penambahbaikan dalam kesihatan kanak-kanak dan penurunan kadar kematian kanak-kanak telah menjadi matlamat pembangunan negara sejak Rancangan Malaysia Pertama pada tahun 1966. Kemajuan dalam perubatan, termasuk vaksin dan penghidratan semula oral untuk rawatan cirit-birit dan juga adanya perkhidmatan kesihatan kanak-kanak yang termasuk kawalan terhadap penyakit berjangkit dan pengimunan telah diusahakan supaya didapati dengan meluas, melalui sistem penjagaan kesihatan utama negara, walaupun di kawasan luar bandar.
Kadar kematian bayi dan kanak-kanak telah menurun dengan mendadak sejak tiga setengah dekad yang lalu dan sekarang setanding dengan negara perindustrian yang maju.
Kemajuan ini, serta pemerolehan air bersih secara progresif, sanitasi yang bertambah baik, dan pemakanan kanak-kanak yang lebih baik telah menjadi penentu utama bagi penurunan mendadak kadar kematian bayi dan kanak-kanak dalam tiga setengah dekad yang lalu, iaitu sejak tahun 1970. Kadar kematian bayi dan kanak-kanak Malaysia pada 6.3 dan 8.1 masing-masing setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 2005* sekarang setanding dengan negara perindustrian maju.
Walaupun kadar kematian kanak-kanak telah jatuh dengan ketara di semua negeri di Malaysia, ruang perbezaan masih wujud antara negeri-negeri yang melambangkan tahap pembangunan yang berbeza. Di Semenanjung Malaysia, kematian kanak-kanak adalah lebih rendah di negeri-negeri pantai barat dan lebih tinggi bagi negeri-negeri pantai timur yang kadar kemiskinannya juga lebih tinggi.

Pencapaian yang mengagumkan, iaitu kematian kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun telah menurun kepada 10 juta orang setiap tahun






Seluruh dunia kini telah menyaksikan satu titik bersejarah terhadap kesinambungan kesihatan dan kehidupan kanak-kanak. Untuk pertama kalinya di dalam sejarah moden kini, angka kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun telah menurun kepada sepuluh juta orang setahun.
Kaji selidik yang telah dijalankan oleh UNICEF baru-baru ini melaporkan terdapatnya perkembangan yang kukuh, dengan kematian kanak-kanak di seluruh dunia direkodkan serendah 9.7 juta orang setahun – iaitu telah menurun daripada 13 juta orang pada tahun 1990.
Pencapaian ini akan meningkatkan momentum untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium yang telah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin dunia pada tahun 2000. Untuk mencapai MDG 4 – iaitu penurunan sebanyak dua pertiga angka kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun pada tahun 1990 menjelang tahun 2015 – boleh mengelakkan kematian kanak-kanak seramai 5.4 juta orang setahun.

Penemuan utama yang didapati daripada kadar kematian di bawah umur lima tahun

Setiap benua telah menunjukkan kemajuan di dalam menurunkan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Penurunan yang paling mendadak adalah di antara tahun 1990 dan 2006 di Latin Amerika dan Caribbean, Eropah Tengah dan Timur dan juga Negara-negara Komanwel, Asia Timur dan Pasifik.
Pada tahun-tahun yang lalu, kebanyakan kematian kanak-kanak berlaku di negara-negara Asia. Kini, lebih kurang 50 peratus daripada kematian kanak-kanak berlaku di sub-Sahara Afrika. Sekiranya tren ini berterusan, sub-Sahara Afrika akan menyumbang sebanyak 60 peratus daripada kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun menjelang tahun 2015.
Penurunan kadar kematian kanak-kanak di bawah lima tahun di Asia telah menyumbang kepada kadar penurunan di seluruh dunia. Kadar kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di negara China telah menurun daripada 45 kematian bagi 1,000 kelahiran bayi yang masih hidup pada tahun 1990 kepada 24 kematian bagi 1,000 kelahiran bayi yang hidup pada tahun 2006, iaitu penurunan sebanyak 47 peratus. Da pada masa yang sama, kadar di India pula telah menurun daripada 115 kematian kepada 76 bagi 1,000 kelahiran bayi yang hidup, iaitu penurunan sebanyak 34 peratus.

Dasar Kependudukan

FMPFS 2004 menunjukkan bilangan anak yang dilahirkan adalah berbeza- beza berdasarkan tahap pendidikan dengan wanita. Tanpa pendidikan, wanita mempunyai dua kali ganda bilangan anak berbanding wanita yang bependidikan tinggi.
Tahap kesuburan telah jatuh secara mendadak berbanding kadar yang dijangka berikutan faktor kepesatan ekonomi. Dasar Kpendudukan Kebangsaan yang dilancarkan pada tahun 1984 mensasarkan saiz penduduk sebanyak 70 juta orang menjelang 2100 tetapi kadar kesuburan menurun sebanyak 0.1 setiap lima tahun. Namun, penurunan kadar kesuburan pada masa kini menyukarkan sasaran ini tercapai.

Senario Kesuburan di Malaysia

Professor Madya Tey Nai Peng dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya berkata Kajian Penduduk dan Keluarga Kebangsaan 2004 (MPFS 2004) menunjukkan fenomena kahwin lewat di kalangan wanita berpendidikan tinggi menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan di Malaysia.
Hampir 13% wanita dalam lingkungan umur 30-an dan berpendidikan tinggi masih belum mengakhiri zaman bujang. lebih 44% daripada wanita yang memiiki ijazah mendirikan rumah tangga selepas berumur 26 tahun.
Sementara itu, peratusan wanita bujang di kalangan kaum Cina ialah 29% disusuli kaum India 26% dan kaum Melayu sebanyak 16% yang masih membujang dalam lingkungan umur 30-an. Lebih daripada 30% wanita bujang memilih untuk berdikari manakala 22% wanita lagi sukar untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai teman hidup.
Dengan tahap pendidikan yang tinggi, fenomena kahwin lewat menyumbang kepada kelewatan jangka masa mendapat anak sekaligus menyebabkan penurunan kadar kesuburan di negara ini. Tahap kesuburan di negara ini telah jatuh bagi semua kumpulan umur. Ini menjukkan bahawa wanita lewat memasuki dunia melahirkan zuriat dan mengelakkannya pada usia muda.

Dilema dalam membina keluarga

Profesor Gavin Willis Jones dari Unit Kajian Asia, Universiti kebangsaan Singapura, dalam kajiannya mengatakan lelaki dan wanita asia menangguhkan perkahwinan mereka dan rancangan untuk mendapatkan anak berikutan beberapa faktor seperti kos kewangan yang tinggi untuk membesarkan anak sebagai faktor utama. Di Jepun sahaja, kos untuk membesarkan seorang anak an anaksehingga dia menamatkan pengajian universiti boleh mencecah sehingga USD$1 juta dan aspek ini memberi kesan terhadap keinginan pasangan suami isteri di Jepun untuk mendapatkan anak.
Bagi wanita, agak sukar untuk meneruskan kerjaya dan pada masa yang sama menguruskan anak kerana anak- anak memerlukan perhatian. tambahan pula, ruang di tempat kerja yang menyediakan kemudahan menguruskan anak- anak ketika ibu bekerja juga agak terhad.
satu lagi faktor kenapa wanita menangguhkan rancangan mendapat anak ialah kerana ragam membesarkan anak serta idea untuk membesarkan anak yang berkualiti.
wanita hari ini amat prihatin untuk membesarkan anak supaya berjaya dalam semua bidang seperti pelajaran, muzik, dan aktiviti kokurikulum yang lain. mereka menangguhkan rancangan mendapatkan anak sehingga mereka benar- benar bersedia untuk membesarkan anak yang berkualiti.

Fenomena Kahwin lewat

Penurunan kesuburan turut dikaitkan dengan fenomena kahwin lewat. Perkembangan ini memberi impak kepada tahap awal penurunan kesuburan di Sri Lanka misalnya selain Malaysia dan Singapura. Sekurang-kurangnya separuh daripada penurunan kesuburan di Jepun disebabkan kelewatan berkahwin. Bilangan wanita yang belum berkahwin telah meningkat di kebanyakan negara-negara asia. Di Jepun, kadar wanita yang belum berkahwin meningkat dari 7% pada tahun 1970 kepada 27% pada tahun 2000, Myanmar(9% kepada 26%), Cina Singapura(11% kepada 22%),Melayu singapura (4% kepada 12%), Cina Malaysia(10% kepada 18%) dan Melayu Malaysia (3% kepada10%) dalam tempoh yang sama. Fenomena ini berlaku kerana kekangan masa yang terpaksa dihadapi oleh wanita yang bekerjaya selain dari wanita sekarang lebih mementingkan kerjaya dari membina keluarga. Sekaligus fenomena ini mempengaruhi kadar kesuburan wanita seterusnya kependudukan negara.