ResponDen Keempat..



Puan Baizura binti Baharom merupakan responden keempat. Beliau berusia 23 tahun. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Beliau merupakan seorang suri rumah dan berasal dari negeri Perak. Beliau berpindah ke Kampung Kelantan, Kota Tinggi kerana mengikut suaminya yang bekerja di Bandar Kota Tinggi. Selain mempunyai 2 orang anak, beliau turut menjaga ibu mertuanya yang berusia 74 tahun. Menurut Puan baizura, tidak banyak perubahan dalam jumlah perbelanjaan semasa sebelum dan selepas banjir, namun corak perbelanjaannya memang berbeza. Jika dulu, pendapatannya banyak digunakan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa, namun sekarang perbelanjaannya banyak digunakan untuk membeli semula keperluan berbentuk kehendak seperti televisyen, peti sejuk dan perabot. Ini berikutan daripada semua barang-barang tersebut telah dihanyutkan air ketika banjir. Walaubagaimanapun, perbelanjaan dari segi keperluan asas makanan dan pakaian dapat dikurangkan selepas banjir. Ini kerana mereka banyak mendapat bantuan dari segi kewangan, pakaian dan makanan dari pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
KESIMPULAN
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan ke atas kesemua responden, didapati bahawa pecahan agihan pendapatan ke atas perbelanjaan penduduk kampung Kelantan sebelum dan selepas banjir tidak banyak berbeza, jumlah perbelanjaannya tidak banyak berbeza, cuma corak perbelanjaannya yang agak berbeza. Contohnya jika sebelum banjir, kebanyakan pendapatan digunakan untuk membeli keperluan makanan, pakaian dan barang-barang yang bersifat kehendak. Namun, selepas banjir,kebanyakan pendapatan digunakan untuk perbelanjaan membaiki rumah,membaiki kenderaan dan membeli semula perkakas rumah. Manakala perbelanjaan untuk makanan dan pakaian dapat dikurangkan dengan memperolehi bantuan dari pelbagai pihak. Pecahan agihan pendapatan perbelanjaan ini juga tidak memberi kesan kepada pembangunan keluarga kerana mereka masih mempunyai ramai sanak saudara dari kawasan lain yang sering menghulurkan bantuan...