ResPonDen KeDua...




En. Jefri bin Janir merupakan responden kedua bagi kajian ini. Beliau merupakan salah seorang penyewa yang menyewa di rumah sewa kepunyaan Datin Hajah Ara dengan bayaran RM200 sebulan...Beliau bukan penduduk asal di Kampung Kelantan sebaliknya berasal dari negeri Perak..Walaubagaimanapun, beliau telah menetap di Kampung Kelantan ini lebih daripada 10 tahun. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Beliau berusia 47 tahun dan bekerja sendiri sebagai 'tukang kasut' di bandar Kota Tinggi. Ditanya mengenai agihan pecahan perbelanjaannya, beliau menjawab bahawa terlalu banyak yang berbeza. Selepas banjir berlaku, beliau terpaksa menggunakan pendapatannya untuk membaiki kenderaannya. Kenderaan tersebut merupakan kenderaan yang digunakan untuk pergi mencari rezeki. Walaubagaimanapun, beliau belum lagi membaiki secara keseluruhan kenderaan tersebut kerana pendapatan yang diperolehinya perlu digunakan untuk perbelanjaan lain seperti rawatan kesihatan isterinya yang sering jatuh sakit setelah banjir berlaku dan kos pembaikan rumah. Selain itu, beliau juga perlu membaiki rumahnya dan kos ini akan ditolak dari bayaran sewa bulanan. Keluarga ini juga dapat mengurangkan perbelanjaan keperluan makanan kerana mendapat bantuan yang mencukupi dari pelbagai pihak. Kebetulan juga, anaknya berpeluang melanjutkan pelajaran sebaik sahaja berakhirnya peristiwa banjir tersebut, maka corak perbelanjaannya agak berlainan. Berbeza dengan agihan perbelanjaannya ketika sebelum banjir, beliau lebih banyak berbelanja untuk menambah keselesaan hidup keluarga. Kini, kehidupan keluarganya seolah-olah baru bermula..

ResPonDeN pErTamA..




Responden pertama kajian ini adalah Datin Hajah Ara bt Haji Senik. Beliau berusia 72 tahun dan mempunyai 12 orang anak..walaubagaimanapun,hanya 9 orang anaknya yang masih hidup..Beliau merupakan penduduk asal di Kampung kelantan, beliau menetap di Kampung Kelantan sejak lahir sehingga sekarang..Datin Hajah Ara merupakan seorang yang berada. Beliau mempunyai banyak rumah sewa yang terletak berhampiran dengan kawasan rumah beliau. Walaupun sudah berusia, namun beliau masih sihat, daya ingatannya juga masih kuat..apabila ditanya mengenai agihan pendapatan terhadap perbelanjaan, menurut beliau, banyak yang berbeza...jika sebelum banjir, beliau banyak menerima pendapatan, terutama dari hasil bayaran sewa penyewa rumah..dan tidak banyak perbelanjaan yang dilakukan..namun selepas banjir, beliau perlu mengeluarkan sebahagian besar dari simpanannya untuk membaiki rumah-rumah sewa yang dimilikinya..selain itu, banyak juga penyewa rumah yang sudah berpindah dari rumah sewanya kerana bimbang banjir teruk akan berlaku lagi..ini mengakibatkan pendapatan bulanannya berkurang..Walaubagaimanapun, katanya, bantuan yang diterima dari pelbagai agensi terutamanya dalam bentuk makanan sangat memadai untuk membantu beliau mengurangkan bebanan yang ditanggungnya..selain itu, selepas banjir, beliau sering mengalami penyakit berbanding sebelum banjir..ini juga menambahkan kos rawatan beliau..Beliau bersyukur kerana mampu bertahan apabila dilanda musibah besar ini..dan anak-anaknya banyak membantu serta memberi dorongan kepadanya untuk meneruskan hidup seperti biasa..walaupun ramai anak-anak beliau yang mengajaknya berpindah dan tinggal bersama mereka, namun beliau merasakan bahawa tempat lahirnya itu adalah tempat terakhirnya juga..walau seburuk mana tempat itu, tetapi itulah tempat terbaik buatnya...

sekapur sireh..



Bagi melengkapkan kursus Demografi dan Pembangunan ini, kami dikehendaki menjalankan kajian mengenai demografi penduduk di Kota Tinggi, Johor yang telah ditimpa bencana banjir pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007. Tujuan kajian lapangan ini diadakan adalah untuk melihat sejauhmana banjir besar yang berlaku telah meninggalkan kesan terhadap kependudukkan penduduk di Kota Tinggi, dari segi psikologi, emosi, komposisi penduduk, mortaliti(kematian), fertiliti(kelahiran), migrasi, pendidikan, kesihatan, sosio-ekonomi dan juga pembangunan keluarga.Kesemua pelajar telah diagihkan ke dalam beberapa kumpulan untuk mengkaji skop masing-masing. Kumpulan saya memilih tajuk 'Perbezaan pecahan agihan pendapatan terhadap perbelanjaan sebelum dan selepas banjir'. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana impak banjir besar yang berlaku terhadap corak perbelanjaan penduduk. Fokus kami adalah terhadap penduduk kampung Kelantan kerana kampung ini merupakan salah sebuah kawasan yang teruk ditenggelami banjir. Kajian ini dijalankan secara berkumpulan dengan menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Responden dipilih secara rawak iaitu terdiri daripada empat (4) orang ketua isi rumah. Soalan-soalan yang dikemukakan berkisarkan latar belakang responden, pecahan agihan pendapatan sebelum banjir, pecahan agihan pendapatan selepas banjir, dan bagaimana corak perbelanjaan ini memberi kesan terhadap pembangunan keluarga. hasil kajian ini akan saya paparkan di 'post' yang berikutnya..wait n see..=)

Tinjauan Awal ke Kota Tinggi...


Pada 3 Ogos 2007, kami telah membuat tinjauan awal ke Kota Tinggi. Berdasarkan pemerhatian saya semasa berada di Kota Tinggi, banjir yang telah berlaku pada bulan Disember 2006 dan awal Januari 2007 telah membawa perubahan yang besar kepada kawasan Kota Tinggi itu sendiri mahupun penduduknya. Dua buah kampung yang teruk dilanda banjir ialah Kg.Kelantan dan Kg.Tembioh. Kedua-dua kampung tersebut terletak bersebelahan Sungai Johor dan mempunyai penduduk yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu dan Kaum Cina.Menurut Penghulu Kota Tinggi iaitu Encik Wan Ismail Wan Ngah,3/4 kawasan Kota Tinggi telah tenggelam semasa banjir dan semua sekolah telah dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir.Kota Tinggi telah dilanda banjir yang dahsyat sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat.Menurut pengalaman penduduk kampung yang kami temui,banjir yang kedua adalah lebih dahsyat dan lama berbanding banjir yang pertama.Semasa banjir yang kedua melanda, penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana banjir berlaku pada awal pagi(pukul 3 pagi) dan air naik dengan cepat. Banjir pada kali ini merupakan banjir yang paling besar dalam tempoh 58 tahun kerana banjir besar yang pernah dicatat sebelum ini adalah pada tahun 1948. Semasa berada di pusat pemindahan, bantuan seperti makanan, pakaian, dan beberapa barangan asas yang lain telah diberikan kepada mangsa banjir.Walaupun selepas banjir berakhir,bantuan yang berterusan telah diterima oleh penduduk samaada berbentuk barangan mahupun wang ringgit. Bantuan ini adalah hasil sumbangan kerajaan dan juga beberapa syarikat korporat.Bantuan yang terakhir diterima ialah pada 2 Ogos 2007 yang berupa wang ringgit dan disampaikan oleh Menteri Besar Johor.

Tentatif Program

  • Sabtu(1/9/2007)
9.oopg :Bertolak dr FSSK(UKM)
10.00pg:Sarapan dan rehat di seremban
10.30pg:meneruskan perjalanan
1.50ptg:Sampai di Kota Tinggi- Rehat/Makan
2.45ptg:Check-in ke Hotel Philton
3.00ptg:rehat
4.00ptg:Menjalankan field work mengikut kumpulan masing-masing di kawasan Bandar Kota Tinggi.
6.00ptg: Rehat/Solat-meneruskan fieldwork
11.00mlm: Berada di bilik masing-masing
  • Ahad(2/9/2007)

8.30pg:Bersiap dan sarapan pagi
8.55pg:Bertolak ke kawasan kajian(Kg.Kelantan, Kg.Tembioh)
9.00pg:Tiba di Kg.Kelantan
9.05pg: Membuat survey kumpulan masing-masing.
11.30pg:Berkumpul semula dan bersiap untuk balik ke Hotel
2.30ptg:Menyanbung kajian
8.00mlm: Berjalan-jalan ke Bandar Kota Tinggi
9.05mlm:Selesai semua tugas
10.00mlm:Rehat di hotel masing-masing

  • Isnin(3/9/2007)
8.00PG:sarapan
9.10pg:Menyambung kajian di Kampung Kelantan
12.00tgh hr:Selesai kajian
2.00pg:Rehat dan makan
1.00ptg: Bersiap dan check-out dari hotel-Bertolak pulang ke UKM
3.30ptg: Berehat di Pagoh(MAkan/Solat)
6.00ptg:Berhenti di Seremban(Solat/Rehat)
7.15ptg:Sampai di UKM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

PUSAT PENGAJIAN SOSIAL, PEMBANGUNAN DAN PERSEKITARAN

SKAD 3193 : DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN


TAJUK KAJIAN: PERBEZAAN PECAHAN AGIHAN PENDAPATAN TERHADAP PERBELANJAAN SEBELUM DAN SELEPAS BANJIR

MATLAMAT:MELIHAT SEJAUHMANA BANJIR MEMBERI KESAN TERHADAP CORAK PERBELANJAAN MASYARAKAT SELEPAS DILANDA BANJIR

NAMA PENSYARAH: PUAN MARSITAH MOHD RADZI

Banjir di Kota Tinggi

Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

KOTA TINGGI, JOHOR

Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi. Terdapat 10 buah mukim di dalam daerah ini yang mengandungi lebih 200,000 penduduk yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan bandar baru KEJORA. Daerah ini terkenal dengan tarikan kawasan pelancongan dan sejarah yang menarik dengan tinggalan artifak yang amat bernilai. Ia berkaitan dengan pengaruh Melayu Melaka, Johor-Riau, Singapura dan Linggi.
Nama Kota Tinggi juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kota Tinggi adalah nama yang terbit daripada keadaan muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.
Terdapat 4 buah bandar dan pekan yang penting di sekitar Daerah Kota Tinggi iaitu Bandar Kota Tinggi yang merupakan pusat pentadbiran yang utama bagi penduduk daerah ini, Pekan Sungai Rengit, Pekan Teluk Sengat dan Pekan Sedili Besar. Terdapat juga beberapa buah bandar baru yang telah diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Bandar Penawar, Bandar Tenggara, Bandar Mas, Petri Jaya dan Bandar Perani.
Kawasan Pilihanraya daerah ini terbahagi kepada 3 kawasan Parlimen dan 6 kawasan DUN iaitu kawasan Parlimen Kota Tinggi yang terdiri daripada Dewan Undangan Negeri Kawasan Sedli dan Johor Lama. Parlimen Tenggara iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Panti dan Pasir Raja. Manakala kawasan pilihanraya Parlimen Pengerang pula ialah Dewan Undangan Negeri Penawar dan Tanjung Surat.

Demografi Penduduk Kota Tinggi, Johor

Mengikut unjuran penduduk tahun 2002, jumlah penduduk Daerah Kota Tinggi adalah seramai 192,336 orang dengan kadar pertumbuhan 2.05 peratus setahun.

KEMUDAHAN ASAS
Bagi meneruskan kehidupan seharian, keperluan asas seperti bekalan air, elektrik serta alat komunikasi adalah penting atau perlu ada bagi melengkapkan satu organisasi, kumpulan atau individu. Secara ringkasnya setiap rumah perlu ada keperluan asas bagi memudahkan kehidupan. Buat masa kini hampir 100% bekalan air dan elektrik telah disalurkan kepada penduduk Kota Tinggi termasuk di pinggir-pinggir bandar, tanah rancangan dan sebagainya. Bagi kemudahan komunikasi hampir 80% penduduk memiliki telefon dirumah, tidak termasuk telefon bimbit atau 'handphone'.

KEMUDAHAN KESIHATAN
Selaras dengan kehendak kerajaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang baik. Penambahan pusat kesihatan dijangka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih sempurna khususnya untuk penduduk luar bandar. Penambahan tersebut dijangka dapat menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Sebagai antara kemudahan yang amat penting, kemudahan pendidikan memainkan peranan sebagai penjana pemimpin masa depan. Didalam rancangan Malaysia ke-8, kerajaan telah memperuntukkan beberapa juta ringgit bagi membina atau mewujudkan pusat pendidikan yang khususnya di daerah Kota Tinggi. Pembinaan dewan dan quaters guru serta makmal komputer dijangka dapat memberikan keselesaan kepada murid dan juga guru.

PEKERJAAN PENDUDUK KOTA TINGGI
Pekerjaan penduduk di daerah Kota Tinggi ini kebanyakannya sebagai peladang(peneroka Felda),petani/penternak, nelayan, pekerja industri dan juga kakitangan kerajaan awam serta swasta. Disebabkan oleh kedudukkan daerah ini yang berdekatan dengan zon industri seperti Pasir Gudang dan Senai, tumpuan pekerjaan sehingga kini lebih tertumpu kepada industri atau perkilangan. Namun begitu pekerjaan utama sebagai peneroka tidak dibiarkan begitu sahaja dengan pendekatan baru yang dirancang oleh pihak kerajaan khususnya Felda dan Felcra. Dalam rancangan Malaysia Ke-9 beberapa projek khusus untuk peneroka telah dirangka seperti penanaman semula pokok kelapa sawit bersistematik, industri kampung bersepadu serta pertanian moden dijangka dapat menarik golongan muda untuk menceburi bidang ini dimasa-masa akan datang.