Dasar Kependudukan Malaysia ke Arah 70 Juta Penduduk

Latarbelakang
Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan
Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.

Rasional
Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah 2,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta. Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70
juta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan. Ini akan mengujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan
selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang
demikian, adalah wajar angkubah-angkubah demografik ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan
yang berterusan.


Objektif
Objektif dasar ini adalah untuk mengujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70 juta.

Strategi Pelaksanaan
Untuk mencapai matlamat dasar kependudukan 70 juta, beberapa alternatif telah dikaji. Antaranya adalah seperti yang berikut:-
i. Sekiranya JKK*(jumlah kadar kesuburan) sekarang iaitu sebanyak 4 dibiarkan turun perlahan-perlahan sebanyak 0.1 mata setiap 5 tahun sehingga ia sampai ke paras penggantian, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2100 (iaitu dalam tempuh 115 tahun)
dan penduduk akan stabil pada atau dalam lingkungan 73 juta.
ii. Sekiranya JKK sekarang iaitu sebanyak 4 dapat dikekalkan, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2045 (iaitu 70 tahun).
iii. Sekiranya JKK sekarang diturunkan kepada 3 dan seterusnya dikekalkan kepada paras tersebut, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan 2085
(iaitu dalam 100 tahun).
iv. Sekiranya JKK dinaikkan kepada 5 dan terus dikekalkan pada paras ini, maka
matlamat penduduk akan dicapai dalam dalam lingkungan tahun 2031 (dalam 50
tahun).
v. Tempoh yang paling cepat sekali matlamat ini akan dicapai ialah dalam tahun 2010, (atau dalam 30 tahun) jika sekiranya JKK ditingkatkan kepada 10 dan seterusnya dikekalkan pada
paras sekarang.
vi. Sekiranya JKK dibiarkan meningkat kepada 5.2 dalam tahun 2000 dari 4.0 (1980) dan kemudiannya dibiarkan menurun ke paras penggantian maka matlamat ini akan dicapai dalam
lingkungan tahun 2070 dan akan stabil pada 79 juta.
vii. Tempoh masa yang paling lama untuk mencapai 70 juta ialah dengan membiarkan aliran sekarang menurun dan meningkat secara pusingan sehingga mencapai paras penggantian.

Pelaksanaan
Di sebalik tanggapan-tanggapan rumit mengenai isu kependudukan ini, Kerajaan mempunyai sebab-sebab yang munasabah berhubung dengan pembesaran saiz kependudukan terutamanya dalam usaha mengujudkan penduduk yang rajin, berdisiplin dan produktif. Ini adalah asas
penting bagi perkembangan perindustrian dan pengujudan pasaran untuk barang keluaran tempatan. Pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kali ganda semestinya menimbulkan beberapa implikasi sosio-ekonomi. Kesan pembesaran kependudukan sebegini
rupa akan dirasai di semua peringkat kehidupan khususnya terhadap sumber-sumber negara. Di antara bidang-bidang yang akan terlibat adalah seperti berikut:-
i. Bekalan Makanan: sebahagian besar barang-barang makanan terpaksa diimport dan ini akan menimbulkan masalah jaminan makanan dan pertukaran asing. Dengan itu kajian yang sepatutnya perlulah dibuat mengenai keupayaan kegunaan tanah dan penggunaan sumber-sumber lain.
ii. Perumahan: sekurang-kurangnya sebanyak 10 juta unit perumahan akan di-
perlukan untuk menampung tambahan penduduk sebanyak 50 juta dan ini akan mengambil masa selama 100 tahun mengikut kadar pembinaan sekarang ini.
iii. Pekerjaan: lebih daripada 20 juta pekerjaan baru perlu diujudkan. Dengan demikian adalah penting untuk menggerakkan tenaga buruh menjadi berdisiplin, bermotivasi dan produktif.
iv. Kesihatan: Bilangan katil-katil hospital perlu ditambah dari 25 ribu sekarang ini kepada 140,000 jika matamat jangka panjang iaitu 2 katil bagi tiap-tiap 1,000 penduduk hendak dicapai. Bilangan doktor-doktor pun perlu ditambah daripada 4,200 kepada lebih 30,000.
v. Pelajaran: Tempat bagi 15 juta hendaklah disediakan dan sekurang- kurangnya 4000,000guru diperlukan.
vi. Bekalan Air: Penggunaan air adalah dijangkakan sebanyak 15.6 billion meter padu. Kekurangan air telah pun dijangkakan pada tahun 2000 bagi jumlah
penduduk sebanyak 21 juta.
vii. Penggunaan Tenaga: Penggunaan tenaga akan meningkat sebanyak 4 atau 5 kali
ganda ini akan berlipat ganda lagi dengan adanya ekonomi perindustrian. Masalah ini akan bertambah rumit kerana pencapaian 70 juta akan berlaku dalam masa Malaysia mengalami kehabisan minyak dan gas (post-hydrocarbon). Berikutan dari masalah-masalah di atas, adalah
penting agar dasar-dasar yang sewajarnya diberi perhatian yang utama. Di antara dasar-dasar tersebut adalah seperti berikut:-
i. Dasar pembangunan ekonomi, yang mengambilkira pertalian antara pembangunan dan kesuburan, kematian, penghijrahan di samping pertumbuhan , komposisi dan taburan penduduk serta peningkatan pendapatan daya pengeluaran.
ii. Dasar tenaga manusia, yang mengambilkira pertumbuhan tenaga buruh dan perubahan kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina dan juga keperluan yang meningkat untuk latihan teknologi yang termaju.
iii. Dasar sosial yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek seperti kesihatan, pelajaran,
perumahan, pembangunan keluarga ( termasuk perancang kelauarga) peningkatan kebudayaan, keseimbangan sosial dari segi kumpulan ethnik dan jantina, kebajikan kanak-kanak dan orang- orang tua dan lain-lain kerana kesemuanya ini akan dipengaruhi oleh arus pembangunan sosio- ekonomi, pertumbuhan dan taburan penduduk.
iv. Dasar makanan, air dan pertanian haruslah memberi tekanan ke atas kecukupan dari segi
taburan, perubahan corak penggunaan dan juga
ke atas peningkatan cara-cara penghasilan.
v. Dasar Tenaga haruslah dan mengenalpasti sumber-sumber tenaga baru.
iv. Dasar alam sekitar yang mengambil kira bahaya-bahaya akibat kerosakan eko-sistem yang
disebabkan oleh perkembangan dan pertumbuhan
penduduk yang pesat.

Penutup
PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990 Berasaskan kepada data-data semasa, jumlah kadar
kesuburan telah menurun daripada 3.8 bagi setiap wanita dalam tahun 1981 kepada 3.6 dalam tahun 1990. Pertumbuhan penduduk negara pula mencatitkan penambahan daripada 13.8 juta dalam tahun 1980 kepada 17.8 juta dalam tahun 1990. Pada keseluruhannya, tren ini adalah selaras dengan matlamat Dasar ini. Walau bagaimanapun, penurunan kadar kesuburan ini adalah berbeza di antara kumpulan- kumpulan ethnik negara ini. Jumlah kadar kesuburan
Melayu dalam tahun 1990 adalah melebihi matlamat, iaitu 4.3, berbanding dengan jumlah kadar kesuburan Cina dan India yang kini menghampiri paras penggantian.
Sumber: Pejabat Perdana Menteri