Ibu dan anak dalam kandungan



Malaysia telah mengalami kemajuan yang besar dalam kesihatan secara umum, dan kesihatan ibu dan kanak-kanak khususnya, di sepanjang era selepas merdeka. Nisbah kematian ibu (maternal mortality ratio - MMR) berkurangan separuh di antara tahun 1957 dan tahun 1970 dan menurun daripada kira-kira 280 kepada 141 setiap 100,000 kelahiran hidup. Menjelang tahun 1990, ia berada di 33 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup - aras yang hampir dengan kebanyakan negara maju. MMR telah kekal pada aras yang rendah, dan dengan demikian, kematian ibu telah menurun : kurang daripada dua bagi setiap 10,000 kelahiran.
Pengalaman Malaysia yang luar biasa dalam menurunkan kadar kematian ibu merupakan hasil sinergi campur tangan dalam menangani usaha untuk memperoleh perkhidmatan melalui dimensi sosioekonomi, kebudayaan, pendidikan, jantina, dan kemiskinan.
Pengalaman Malaysia yang luar biasa dalam menurunkan kadar kematian ibu merupakan hasil sinergi pelbagai dasar, strategi, dan program untuk membolehkan perkhidmatan diperoleh melalui dimensi sosioekonomi, kebudayaan, pendidikan, jantina, dan kemiskinan. Kejayaan negara dalam mengurangkan kematian ibu mencerminkan peningkatan dalam capaian kepada perkhidmatan kesihatan ibu yang berkualiti, termasuk perancangan keluarga; kemahiran profesional yang meningkat bagi atendan bersalin yang terlatih untuk mengurus kehamilan dan kerumitan bersalin; pelaburan untuk meningkatkan kualiti rawatan perbidanan penting dalam hospital daerah; menambah baik keberkesanan sistem rujukan dan maklum balas untuk mencegah kelewatan; penglibatan yang rapat dengan masyarakat untuk menghapuskan kekangan sosial dan budaya dan menambah baik kesanggupan menerima perkhidmatan kesihatan moden bagi kesihatan ibu; serta menambah baik sistem pemantauan.
Mengekalkan kadar kematian ibu pada aras rendah semasa di Malaysia, dan untuk menurunkannya lagi akan memerlukan iltizam yang berterusan, sumber manusia dan kewangan, dan strategi program yang inovatif. Keupayaan untuk mengekalkan sokongan berbilang agensi dan meletakkan kesihatan ibu di tempat yang tinggi dalam agenda dasar akan memerlukan sokongan yang berterusan.