Dilema dalam membina keluarga

Profesor Gavin Willis Jones dari Unit Kajian Asia, Universiti kebangsaan Singapura, dalam kajiannya mengatakan lelaki dan wanita asia menangguhkan perkahwinan mereka dan rancangan untuk mendapatkan anak berikutan beberapa faktor seperti kos kewangan yang tinggi untuk membesarkan anak sebagai faktor utama. Di Jepun sahaja, kos untuk membesarkan seorang anak an anaksehingga dia menamatkan pengajian universiti boleh mencecah sehingga USD$1 juta dan aspek ini memberi kesan terhadap keinginan pasangan suami isteri di Jepun untuk mendapatkan anak.
Bagi wanita, agak sukar untuk meneruskan kerjaya dan pada masa yang sama menguruskan anak kerana anak- anak memerlukan perhatian. tambahan pula, ruang di tempat kerja yang menyediakan kemudahan menguruskan anak- anak ketika ibu bekerja juga agak terhad.
satu lagi faktor kenapa wanita menangguhkan rancangan mendapat anak ialah kerana ragam membesarkan anak serta idea untuk membesarkan anak yang berkualiti.
wanita hari ini amat prihatin untuk membesarkan anak supaya berjaya dalam semua bidang seperti pelajaran, muzik, dan aktiviti kokurikulum yang lain. mereka menangguhkan rancangan mendapatkan anak sehingga mereka benar- benar bersedia untuk membesarkan anak yang berkualiti.