ResPonDen KeDua...




En. Jefri bin Janir merupakan responden kedua bagi kajian ini. Beliau merupakan salah seorang penyewa yang menyewa di rumah sewa kepunyaan Datin Hajah Ara dengan bayaran RM200 sebulan...Beliau bukan penduduk asal di Kampung Kelantan sebaliknya berasal dari negeri Perak..Walaubagaimanapun, beliau telah menetap di Kampung Kelantan ini lebih daripada 10 tahun. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Beliau berusia 47 tahun dan bekerja sendiri sebagai 'tukang kasut' di bandar Kota Tinggi. Ditanya mengenai agihan pecahan perbelanjaannya, beliau menjawab bahawa terlalu banyak yang berbeza. Selepas banjir berlaku, beliau terpaksa menggunakan pendapatannya untuk membaiki kenderaannya. Kenderaan tersebut merupakan kenderaan yang digunakan untuk pergi mencari rezeki. Walaubagaimanapun, beliau belum lagi membaiki secara keseluruhan kenderaan tersebut kerana pendapatan yang diperolehinya perlu digunakan untuk perbelanjaan lain seperti rawatan kesihatan isterinya yang sering jatuh sakit setelah banjir berlaku dan kos pembaikan rumah. Selain itu, beliau juga perlu membaiki rumahnya dan kos ini akan ditolak dari bayaran sewa bulanan. Keluarga ini juga dapat mengurangkan perbelanjaan keperluan makanan kerana mendapat bantuan yang mencukupi dari pelbagai pihak. Kebetulan juga, anaknya berpeluang melanjutkan pelajaran sebaik sahaja berakhirnya peristiwa banjir tersebut, maka corak perbelanjaannya agak berlainan. Berbeza dengan agihan perbelanjaannya ketika sebelum banjir, beliau lebih banyak berbelanja untuk menambah keselesaan hidup keluarga. Kini, kehidupan keluarganya seolah-olah baru bermula..