sekapur sireh..



Bagi melengkapkan kursus Demografi dan Pembangunan ini, kami dikehendaki menjalankan kajian mengenai demografi penduduk di Kota Tinggi, Johor yang telah ditimpa bencana banjir pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007. Tujuan kajian lapangan ini diadakan adalah untuk melihat sejauhmana banjir besar yang berlaku telah meninggalkan kesan terhadap kependudukkan penduduk di Kota Tinggi, dari segi psikologi, emosi, komposisi penduduk, mortaliti(kematian), fertiliti(kelahiran), migrasi, pendidikan, kesihatan, sosio-ekonomi dan juga pembangunan keluarga.Kesemua pelajar telah diagihkan ke dalam beberapa kumpulan untuk mengkaji skop masing-masing. Kumpulan saya memilih tajuk 'Perbezaan pecahan agihan pendapatan terhadap perbelanjaan sebelum dan selepas banjir'. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana impak banjir besar yang berlaku terhadap corak perbelanjaan penduduk. Fokus kami adalah terhadap penduduk kampung Kelantan kerana kampung ini merupakan salah sebuah kawasan yang teruk ditenggelami banjir. Kajian ini dijalankan secara berkumpulan dengan menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Responden dipilih secara rawak iaitu terdiri daripada empat (4) orang ketua isi rumah. Soalan-soalan yang dikemukakan berkisarkan latar belakang responden, pecahan agihan pendapatan sebelum banjir, pecahan agihan pendapatan selepas banjir, dan bagaimana corak perbelanjaan ini memberi kesan terhadap pembangunan keluarga. hasil kajian ini akan saya paparkan di 'post' yang berikutnya..wait n see..=)