Demografi Penduduk Kota Tinggi, Johor

Mengikut unjuran penduduk tahun 2002, jumlah penduduk Daerah Kota Tinggi adalah seramai 192,336 orang dengan kadar pertumbuhan 2.05 peratus setahun.

KEMUDAHAN ASAS
Bagi meneruskan kehidupan seharian, keperluan asas seperti bekalan air, elektrik serta alat komunikasi adalah penting atau perlu ada bagi melengkapkan satu organisasi, kumpulan atau individu. Secara ringkasnya setiap rumah perlu ada keperluan asas bagi memudahkan kehidupan. Buat masa kini hampir 100% bekalan air dan elektrik telah disalurkan kepada penduduk Kota Tinggi termasuk di pinggir-pinggir bandar, tanah rancangan dan sebagainya. Bagi kemudahan komunikasi hampir 80% penduduk memiliki telefon dirumah, tidak termasuk telefon bimbit atau 'handphone'.

KEMUDAHAN KESIHATAN
Selaras dengan kehendak kerajaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang baik. Penambahan pusat kesihatan dijangka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih sempurna khususnya untuk penduduk luar bandar. Penambahan tersebut dijangka dapat menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Sebagai antara kemudahan yang amat penting, kemudahan pendidikan memainkan peranan sebagai penjana pemimpin masa depan. Didalam rancangan Malaysia ke-8, kerajaan telah memperuntukkan beberapa juta ringgit bagi membina atau mewujudkan pusat pendidikan yang khususnya di daerah Kota Tinggi. Pembinaan dewan dan quaters guru serta makmal komputer dijangka dapat memberikan keselesaan kepada murid dan juga guru.

PEKERJAAN PENDUDUK KOTA TINGGI
Pekerjaan penduduk di daerah Kota Tinggi ini kebanyakannya sebagai peladang(peneroka Felda),petani/penternak, nelayan, pekerja industri dan juga kakitangan kerajaan awam serta swasta. Disebabkan oleh kedudukkan daerah ini yang berdekatan dengan zon industri seperti Pasir Gudang dan Senai, tumpuan pekerjaan sehingga kini lebih tertumpu kepada industri atau perkilangan. Namun begitu pekerjaan utama sebagai peneroka tidak dibiarkan begitu sahaja dengan pendekatan baru yang dirancang oleh pihak kerajaan khususnya Felda dan Felcra. Dalam rancangan Malaysia Ke-9 beberapa projek khusus untuk peneroka telah dirangka seperti penanaman semula pokok kelapa sawit bersistematik, industri kampung bersepadu serta pertanian moden dijangka dapat menarik golongan muda untuk menceburi bidang ini dimasa-masa akan datang.